Claudia Yang: Kenalkan Cerita China Melalui Muzik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 Februari 2023

"Era Baharu di China" ialah satu siri video pendek dilancarkan oleh People.cn, People's Daily International Department dan People's Video. Siri ini merakamkan pengalaman dan perasaan yang diceritakan oleh 40 orang asing di China, untuk menggambarkan integrasi mereka dalam bidang berbeza dengan pembangunan China pada era baharu.

Claudia Yang ialah pemain piano dan komposer dari Malaysia. Beliau juga merangkap dekan kehormat jurusan piano di Konservatori Muzik Tianjin (TJCM). Menumpu pada komunikasi global, beliau berharap orang di setiap pelosok dunia boleh memahami budaya China melalui muzik. Pada 2014, beliau menggubah satu karya muzik berdasarkan hikayat Mimpi Rumah Agam Merah (Dream of the Red Chamber) dan mengadakan konsert di seluruh dunia. Dengan cara sendiri, Claudia Yang memperkenalkan cerita China kepada masyarakat antarabangsa.

Gaya Hidup