Kubah Luar Reaktor No. 1 "Hualong One" Zhangzhou Dinaikkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 20 Februari 2023
Kubah Luar Reaktor No. 1
Tapak mengangkat kubah luar unit No. 1 "Hualong One" di Zhangzhou. (foto ihsan Zhangzhou Energy)

Kubah luar bagi unit No. 1 reaktor "Hualong One" di loji nuklear Zhangzhou berjaya dinaikkan pada 17 Februari, menandakan siapnya pembinaan struktur utama unit berkenaan. Dengan ini, ujian rintangan sejuk bagi pemasangan berikutnya dan penjanaan kuasa yang disambungkan dengan grid boleh dilakukan.

Lapisan keluli di bahagian dalam kubah luar itu juga struktur keluli utama bagi "Hualong One". Ia adalah cangkerang komposit berbilang lengkung dengan diameter kira-kira 55 meter dan ketinggian kira-kira 13 meter. Setinggi lima tingkat dengan jumlah komponen pasang siap sebanyak 89 buah, fungsi utamanya adalah untuk bertindak sebagai acuan konkrit kubah luar.

Kubah dalam unit terbabit telah dinaikkan pada Oktober 2021. Kedua-dua kubah menepati spesifikasi pembendungan keselamatan dua lapisan "Hualong One". Pemasangan kali ini akan meningkatkan lagi keselamatan unit.

"Hualong One" ialah pencapaian penting Perbadanan Nuklear Nasional China untuk lebih cepat merealisasikan kemandirian saintifik dan teknologi peringkat tinggi serta pelaksanaan strategi  "dwi karbon" kebangsaan. Reaktor ini merupakan teknologi jana kuasa nuklear generasi ketiga yang dibangunkan sendiri oleh China, yang hak inteleknya juga dimiliki sepenuhnya oleh syarikat China.

Kesemua empat unit bagi kumpulan pertama telah siap dipasang dan mula beroperasi, menandakan tahap teknologi tenaga nuklear China berada di antara yang teratas di dunia. Pada masa ini, pembinaan kelompok domestik sedang berjalan dengan lancar, dan telah menjadi salah satu model jana kuasa nuklear generasi ketiga yang paling kompetitif dalam pasaran tenaga nuklear dunia semasa.

Difahamkan bahawa setiap unit reaktor "Hualong One" menjana lebih daripada 10 bilion kilowatt-jam elektrik setahun. Ia boleh memenuhi pengeluaran tahunan dan keperluan asas elektrik untuk kehidupan 1 juta orang di negara-negara sederhana maju. Ini bersamaan dengan pengurangan penggunaan batu arang standard sebanyak 3.12 juta tan, pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 8.16 juta tan, dan penanaman lebih daripada 70 juta pokok.

Di bawah strategi “dwi karbon” iaitu mencatat puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan merealisasikan neutraliti karbon menjelang 2060, pembangunan industri nuklear China telah membuka ruang untuk peluang strategik baharu. Projek kuasa nuklear Zhangzhou memikul misi membina "Hualong One" pada skala besar. Pembinaan fasa pertama unit No. 1 dan No. 2 loji ini merupakan projek sulung bagi pembinaan domestik "Hualong One" secara berkelompok.

Pada September 2022, selepas perbincangan mesyuarat eksekutif Majlis Negara, kelulusan unit No.3 dan No. 4 Zhangzhou telah diputuskan. Semakan penilaian keselamatan yang komprehensif telah dijalankan dan dimasukkan dalam rancangan negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan