Bunga Ceri Berkembang di Yunnan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 16 Februari 2023
Bunga Ceri Berkembang di Yunnan
Bunga ceri berkeluasan ribuan ekar berkembang. (foto: Duan Zidong/People.cn)

Baru-baru ini, di sebuah lembah bunga ceri di bandar Kunming, provinsi Yunnan, bunga ceri telah memasuki tempoh mekar.

Lembah tersebut berkeluasan lebih 4,000 ekar dengan 370,000 pokok bunga ceri, merupakan tempat penanaman bunga ceri terbesar di provinsi Yunnan. Bunga ceri di sini akan berkembang selama lebih 4 bulan, bermula pada hujung Disember setiap tahun hingga April tahun berikutnya.

18 tahun yang lalu, lembah ini hanyalah tanah tandus. Selepas langkah-langkah perlindungan ekologi diambil, landskapnya diberi wajah baharu, diliputi bunga ceri yang menarik ramai penduduk dan pelancong.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan