Injak-injak Peraturan Antarabangsa, Kelakuan AS Dibidas

(CRI)Rabu 22 Februari 2023

China sentiasa berdiri teguh mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan order berasaskan undang-undang antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.

Menyentuh dakwaan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Wendy Sherman bahawa China berkemampuan mencabar order antarabangsa bersandarkan peraturan, Wang berkata AS yang merosakkan dan menginjak-injak peraturan antarabangsa, bukannya China.

Wang turut membidas amalan AS melaksanakan hegemoni dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, sains dan teknologi serta budaya.

"Fakta memperlihatkan dengan jelas bahawa AS merupakan perosak utama kepada peraturan dan order antarabangsa."

"Hegemoni, sikap angkuh dan amalan membuli adalah ‘piawaian AS’ dalam mengendalikan order dan urusan antarabangsa," katanya semasa taklimat media di Beijing pada Selasa.

Tambah beliau, AS tidak mempedulikan fakta asas dan mereka-reka tohmahan tentang ‘belon perisik’ malah mengerahkan jet pejuang untuk menembak jatuh kapal udara China. Hal itu merupakan satu lagi bukti kepada hegemoni AS.

Wang menggesa AS menyingkirkan amalan hegemoni dan membuli serta sikap angkuh, menghormati kedaulatan negara lain, di samping berusaha ke arah hidup bersama secara damai dan mewujudkan situasi saling untung.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan