Bekal Senjata ke Ukraine Runcingkan Situasi: Peskov

(CRI)Isnin 06 Februari 2023

Pentagon pada 3 Februari mengumumkan pemberian sokongan ketenteraan baharu kepada Ukraine melalui pakej bantuan bernilai kira-kira AS$2.2 bilion (RM9.37 bilion).

Pakej berkenaan melibatkan roket jarak jauh yang mempunyai keupayaan sehingga 150 kilometer.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov dalam reaksi balasnya mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) seumpama akan meruncingkan lagi situasi.

"Bekalan roket jarak jauh oleh AS kepada Ukraine umpama menuang minyak dalam api yang bakal menjadikan ketegangan semasa bertambah buruk," tegas Peskov.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan