AS, Pembekal Senjata ke Medan Perang

(CRI)Selasa 21 Februari 2023

Pihak yang terus-menerus membekalkan senjata ke medan perang antara Ukraine dan Rusia ialah Amerika Syarikat (AS), bukannya China.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin sebagai balasan terhadap dakwaan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bahawa China sedang mempertimbangkan pembekalan senjata kepada Rusia.

Wang menegaskan bahawa AS tidak layak memberi arahan kepada China, dan China menolak tudingan jari atau paksaan dari AS yang menyasarkan hubungan China-Rusia.

"Kami menggesa AS merenung amalan sendiri dengan teliti dan melakukan usaha yang benar-benar membantu meredakan situasi dan menggalakkan rundingan damai," katanya semasa taklimat media di Beijing pada Isnin.

Beliau turut mendesak AS menghentikan amalan mengambinghitamkan pihak lain dan menyebarkan maklumat palsu. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan