Diplomat Kanan China, Ukraine Temu di Munich

(CRI)Isnin 20 Februari 2023

Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba sempena Persidangan Keselamatan Munich pada Sabtu.

Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, menyatakan China dan Ukraine merupakan rakan strategik, dan rakyat kedua-dua negara menikmati persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

Beliau meluahkan harapan agar hubungan antara kedua-dua negara dapat terus berkembang secara mantap.

Menyentuh isu Ukraine, Wang berkata China sentiasa berdiri di sisi keamanan dan dialog, serta menggalakkan rundingan damai.

“Kami (China) tidak mahu melihat krisis Ukraine berpanjangan dan merebak.

"China bersedia bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk mengelak situasi terus memburuk dan terus berusaha ke arah mencapai keamanan,” kata Wang.

Sementara itu, Kuleba berkata pihaknya menghargai status dan pengaruh penting China di arena antarabangsa serta pendiriannya mengenai penyelesaian krisis secara politik.

"Kami berharap China terus memainkan peranan konstruktif dalam isu berkenaan," ujar beliau.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan