Xi Utus Kawat Tahniah kepada Presiden Cyprus Baharu

(CRI)Khamis 02 Mac 2023

Presiden China, Xi Jinping telah mengutuskan kawat tahniah kepada Nikos Christodoulides yang baru menyandang jawatan Presiden Cyprus.

Menurut Xi, China dan Cyprus mengekalkan perkembangan yang baik dalam hubungan rakan strategik, rasa saling percaya dalam bidang politik terus meningkat, dan kerjasama serta interaksi bilateral semakin rancak dalam pelbagai bidang.

Xi yang mementingkan pembangunan hubungan China dengan Cyprus, bersedia bersama-sama Presiden Nikos untuk mendorong hubungan rakan strategik mencapai lebih banyak hasil dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan