AS Salahgunakan Kuasa Negara Tindas Perusahaan Asing

(CRI)Jumaat 03 Mac 2023

China mengemukakan bantahan tajam terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) yang tidak berhenti membesar-besarkan konsep keselamatan wilayah, dan menyalahgunakan kuasa negaranya untuk menindas perusahaan asing.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning semalam susulan usaha Dewan Perwakilan AS yang mendorong satu rang undang-undang bagi memberikan mandat kepada Presiden Joe Biden mengisytiharkan sekatan terhadap TikTok.

Mao berkata, Washington didesak menghormati prinsip ekonomi pasaran dan keadilan dalam persaingan, menghentikan penindasan terbabit, dan memilih menyediakan persekitaran adil tanpa diskriminasi kepada syarikat pelbagai negara yang mempunyai pelaburan dan urus niaga di dalam negerinya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan