CMBI Capai Paras Tertinggi Lima Bulan Terdekat

(CRI)Isnin 06 Mac 2023

Indeks Komoditi Pukal China (CMBI) meningkat ke 102.8% pada Februari lalu, bertambah 2.4 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya, iaitu mencapai satu paras tertinggi dalam tempoh lima bulan lalu.

Menurut data statistik yang diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini, pasaran komoditi pukal domestik kelihatan mula pulih dan penambahbaikan yang tertentu dapat disaksikan dalam urusniaga bidangan.

Dilihat dari segi penjualan, komoditi utama seperti besi dan keluli, arang batu, logam bukan ferus, produk kimia dan automobil berhenti menguncup dan mula meningkat, sedangkan bijih besi dan minyak bertapis terus melantun sehingga semakin pesat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan