China "Actionist" dalam Melaksanakan Keterbukaan Bertahap Tinggi

(CRI)Isnin 06 Mac 2023

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Yang Yinkai memperkenalkan hasil tercapai China dalam menarik pelaburan asing bagi tahun 2022, dalam sidang akhbar anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China pagi tadi.

Beliau memberitahu bahawa penarikan pelaburan asing di negara ini memperlihatkan tiga perubahan baharu.

Antaranya kualiti modal asing semakin baik. Penggunaan sebenar modal asing dalam industri pembuatan dan industri berteknologi tinggi masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 46.1% dan 28.3%.

Sementara itu, sumber pelaburan asing menjadi lebih meluas. Pelaburan dari Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara terlibat inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) masing-masing menokok 92.2% dan 17.2%.

Pada masa sama, pengagihan pelaburan asing menjadi lebih seimbang. Penggunaan sebenar modal asing di kawasan tengah dan barat masing-masing meningkat 21.9% dan 14.1%.

Beliau menyatakan bahawa China ialah "actionist" dalam melaksanakan keterbukaan bertahap tinggi. Negara ini akan mengambil sikap lebih terbuka dan inklusif, mengalu-alukan pelabur asing meluaskan urus niaga di China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan