Pertahan Multilateralisme, Pelihara Sistem Perdagangan Multilateral: Xi

(CRI)Isnin 21 November 2022

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka adalah misi dan visi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), dan juga tonggak penting untuk mewujudkan Wawasan Putrajaya 2040.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sidang Pemimpin ke-29 APEC yang diadakan di Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Dalam sidang tersebut, para pemimpin telah mengadakan perbincangan tentang perdagangan dan pelaburan mampan.

Xi mengatakan bahawa negara-negara di rantau ini perlu mempertahankan multilateralisme yang benar, memelihara sistem perdagangan multilateral, mempertahankan prinsip inklusif dan mewujudkan situasi sama menang.

Sementara itu, menurut Xi, negara-negara berkaitan harus menjaga kerjasama serantau yang terbuka untuk mendorong kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, supaya menyelesaikan pembinaan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik yang komprehensif dan bertaraf tinggi dengan secepat mungkin.

Sidang pemimpin kali ini mengeluarkan Deklarasi Pemimpin APEC 2022 dan Sasaran Bangkok mengenai Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG).

Gaya Hidup

Berita Berkaitan