Manis Budaya seperti Gula (3)

Zhou menambah penghalusan terakhir pada ciptaan fondantnya Chang'e, dewi bulan dalam mitos China. (foto: China Daily)

Zhou yang berusia 40 tahun pernah mempelajari teknik memasak di Universiti Pelancongan Sichuan di bandar Chengdu.

Di situ, dia mula berjinak-jinak dengan sejarah budaya dan makanan China, khususnya teknik yang digunakan dalam masakan rakyat. Dia jua menguasai sains masakan, yang membolehkannya mencipta resipi baharu.

Dengan hasrat untuk menghaluskan teknik sendiri bagi menyara diri selepas lulus dari universiti, dia membulatkan hati untuk menumpu pada kemahiran membuat arca doh, iaitu menghasilkan model tiga dimensi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan figura manusia menggunakan doh.

Dengan sifat ingin tahu yang semula jadi mengenai apa-apa yang berkaitan dengan sains makanan, Zhou mula menyelidik ciri-ciri dan sejarah fondant. Dia mendapati bahawa sekarang tiada reka bentuk China atau pun unsur budaya China yang dapat dilihat pada kek fondant.

"Saya rasa walaupun fondant merupakan teknik Barat, tetapi gula ialah sesuatu yang dinikmati oleh semua bangsa. Memandangkan saya boleh dikatakan mahir dalam membuat arca doh, saya rasa saya juga boleh membuat kek fondant yang menampilkan budaya China" katanya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan