"Classic Quotes by Xi Jinping" Musim Kedua Disiarkan di Rusia

(CRI)Selasa 21 Mac 2023

Sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Rusia, stesen televisyen utama di negara itu mula menyiarkan program "Classics Quotes by Xi Jinping" musim kedua versi bahasa Rusia.

Turut hadir dalam majlis pelancaran program itu adalah Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dan Presiden Perbadanan Televisyen dan Penyiaran Negara Seluruh Rusia, Dobrodeev.

Kedua-dua pihak menyatakan bahawa mereka akan memainkan peranan media arus perdana, menyahut Inisiatif Peradaban Global (GCI), merapatkan komunikasi antara rakyat kedua-dua negara, dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Difahamkan, program tersebut memilih cerita tradisional dan kata-kata klasik yang dipetik oleh Presiden Xi Jinping dalam siri ucapan, artikel dan kenyataan penting, yang memfokuskan pada tema melibatkan “betul-betul bekerja”, “taat setia”, "jujur", "berkongsi" dan "hijau".

Kesemua konsep tersebut jelas menunjukkan pemikiran Xi yang berorientasikan rakyat, keluarga, negara dan dunia, selain memperhalusi serta mentafsir konotasi era baharu dan nilai global yang terkandung dalam budaya tradisional China yang mendalam.

Menurut Presiden CMG, Shen Haixiong, tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penganjuran konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan ia juga merupakan ulang tahun ke-10 pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang merupakan buah fikiran Xi.

Justeru katanya, pelancaran program tersebut di Rusia diyakini dapat membawa makna yang amat besar.

“Program ini bukan sahaja dapat membantu rakyat Rusia memahami gaya kepimpinan dan falsafah tadbir urus Presiden Xi Jinping bagi sebuah negara utama, tetapi juga membantu orang ramai memahami daya tarikan budaya tradisional China dan kunci utama kejayaan tercapai China serta asal kerohanian modenisasi ala China,” kata Shen.

Tambah beliau, Presiden Xi berpendirian bahawa peradaban menjadi berwarna-warni kerana terdapatnya pertukaran, manakala peradaban diperkaya susulan adanya pembelajaran antara satu sama lain.

“Interaksi budaya antara peradaban adalah penggerak penting terhadap kemajuan peradaban manusia dan pembangunan dunia yang aman.

“CMG bersedia bekerjasama dengan Perbadanan Penyiaran Televisyen Negara Seluruh Rusia dan media Rusia yang lain untuk melaksanakan sepenuhnya konsensus penting yang dicapai pemimpin negara China-Rusia, memperkukuh pertukaran dan interaksi media untuk memberi sumbangan kepada pembinaan Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” tambahnya.

Untuk rekod, selain bahasa Rusia, ‘Classics Quotes by Xi Jinping’ telah dikeluarkan dalam versi pelbagai bahasa lain termasuk Inggeris, Jepun, Korea, dan Sepanyol yang melibatkan tontonan lebih 4.79 bilion orang di luar negara China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan