Malaysia Nantikan Serta CAEXPO secara Fizikal (2)

Malaysia Nantikan Serta CAEXPO secara Fizikal
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong, memberi ucapan pada Majlis Jerayawara Promosi Ekspo China-ASEAN ke-20 (Malaysia) di Kuala Lumpur.(Foto/Sekretariat CAEXPO)

Pada 17 Mac, Majlis Jerayawara Promosi Ekspo China-ASEAN ke-20 (Malaysia) diadakan di Kuala Lumpur, dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong, Kaunselor Ekonomi dan Komersial Kedutaan China, Zhang Peidong, Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Wei Zhaohui dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Sharimahton Mat Saleh.

Liew Chin Tong berkata ketika memberikan ucapan pada majlis itu, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) merupakan platform sangat baik untuk Malaysia mempromosikan barangan keluaran tempatan dan sumber pelancongan serta menarik pelaburan. Tahun ini ulang tahun ke-20 CAEXPO. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia sebagai penganjur bersama bakal memberi sokongan dari pelbagai aspek dalam persediaannya, kata beliau.

Sharimahton Mat Saleh pula menyatakan pihaknya bakal mengundang kira-kira 150 persatuan atau perusahaan menyertai CAEXPO tahun ini serta melancarkan aktiviti padanan perniagaan dan program promosi.

Wakil-wakil dari hampir 200 perusahaan Malaysia menyertai majlis jerayawara yang mempromosikan status persediaan CAEXPO, syarat penyertaan dan syarat sijil tempat asal.

CAEXPO ke-20 bakal diadakan di Nanning, Guangxi pada September tahun ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan