AS Digesa Kaji Diri, Berhenti Cabuli Hak Asasi Manusia

(CRI)Rabu 22 Mac 2023

Kandungan melibatkan China yang tercantum dalam Laporan Hak Asasi Manusia Nasional 2022 terbitan Amerika Syarikat (AS) penuh dengan bohongan politik dan prasangka ideologi. AS digesa bertindak mengkaji diri, berhenti mencabuli hak asasi manusia milik rakyat negara lain dan menjejaskan demokrasi dunia.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media semalam.

Wang berkata, Sidang Kemuncak Demokrasi Pemimpin Ke-2 bakal diadakan di AS bagi "menunaikan janji demokrasi" kepada negara-negara terbabit. "Perbohongan yang bertopeng keadilan tidak dapat menyembunyikan motif sebenar Washington yang memperalatkan dan menyenjatakan demokrasi bagi mempromosi politik blok dan berkhidmat kepada usaha melindungi hegemoni."

Wang berkata, apa yang diperlukan dunia dewasa ini, bukanlah pemecahbelahan dengan dalih demokrasi, melainkan solidariti berasaskan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan amalan multilateralisme yang benar, serta persidangan perpaduan yang bertujuan menangani masalah menonjol dalam masyarakat antarabangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan