Unsur Budaya China pada Pingat Maraton

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, acara maraton semakin popular di China, menarik penglibatan kian ramai orang awam. Banyak reka bentuk pingat maraton menggabungkan elemen budaya China dan menunjukkan gaya unik budaya tradisional. Pingat-pingat itu bukan sahaja ganjaran untuk pelari, tetapi juga dilihat sebagai "kad nama" bandar tuan rumah. Setiap pingat kecil mengandungi budaya dan ingatan istimewa sesebuah bandar.

Pingat Maraton Suzhou 2023

(foto: akaun rasmi Maraton Suzhou)

Idea bentuk pingat ini datangnya daripada bentuk klasik tingkap bunga begonia yang menghiasi taman-taman purba di Suzhou. Elemen corak pada pingat itu ilustrasi unik Terusan Besar, yang menggabungkan daya tarikan budaya tradisional dengan gaya moden.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan