China Kecam Gerakan Melulu Kapal Tentera AS di Perairan Xisha

(CRI)Jumaat 24 Mac 2023

Kapal pembinasa Milius milik Amerika Syarikat (AS) yang menyerbu kawasan perairan kepulauan Xisha China secara haram, dilihat sebagai elemen perosak bagi kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan (LCS), dan turut dikawali malah diusir Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

Jurucakap penerangan Kementerian Pertahanan China, Tan Feike berkata, gerakan melulu kapal tentera AS itu menjadikan kedaulatan dan keselamatan China terjejas, tidak selari dengan undang-undang antarabangsa, dan merupakan satu lagi bukti AS melakukan kegiatan hegmoni dan menimbulkan risiko ketenteraan di LCS. Oleh itu, China menggesa AS segera menghentikan gerakan provokasi seumpama itu untuk mengelakkan hal yang tidak diingini daripada berlaku. PLA pula akan mengambil semua tindakan seperlunya untuk membela kedaulatan dan keamanan tanah air serta kedamaian dan kestabilan di LCS.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan