PM China Yakin Kerjasama Persahabatan dengan ASEAN Makin Pelbagai

(CRI)Isnin 14 November 2022

China bersedia bersama-sama dengan ASEAN yang diberi keutamaan dalam diplomasi kejiranannya, berfokus pada pembangunan dan kerjasama, berkongsi peluang dan menyahut cabaran bersama-sama untuk membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat. Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika menghadiri Sidang Pemimpin China-ASEAN ke-25 di Phnom Penh pada Jumaat.

Li mencadangkan kedua-dua pihak giat melaksanakan konsensus tentang pembangunan dan kerjasama, meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam kerjasama substantif di samping memperkuat momentum pembangunan. Kedua-dua pihak diharap berusaha meneroka potensi untuk meningkatkan taraf kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan di samping memperkukuh sokongan pembangunan. Pembinaan Pusat Kerjasama Sanitasi Awam, Sains dan Teknologi berserta pelaksanaan Rancangan Peningkatan Kualiti Sumber Manusia China-ASEAN perlu dipercepat.

Li menunjukkan bahawa China mengalu-alukan sidang ini mengeluarkan Pengumuman Bersama bagi Memperingati Ulang Tahun ke-20 Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara ASEAN bertindak membela kedamaian, menyuburkan persahabatan dan memacu kerjasama di Laut China Selatan, dan menyokong pembinaan Komuniti ASEAN dan kedudukan utama ASEAN dalam kerjasama Asia Timur. Beliau yakin kerjasama persahabatan kedua-dua pihak makin pelbagai.

Pemimpin negara-negara ASEAN menyatakan bahawa mereka menghargai tinggi China yang kekal menyokong kedudukan utama ASEAN, dan bersedia bersama-mama mendorong perkongsian strategik komprehensif ASEAN-China terus maju jaya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan