Luoyang, Henan Bakal Anjur Pesta Bunga Peony

Luoyang, Henan Bakal Anjur Pesta Bunga Peony
Kuil Buddha Tiantang. (Foto/Jabatan Publisiti Luoyang)

Pada 22 Mac, akhbar Renmin Ribao Dalam Talian (People’s Daily Online) dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Pesta Peony bahawa Pesta Peony Luoyang 2023 bakal dianjurkan pada 8 hingga 23 April di Luoyang, provinsi Henan, sempena tempoh terbaik untuk menghayati bunga peony (1 April hingga 5 Mei). Majlis perasmiannya jatuh pada 8 April dan bakal berlangsung di Kawasan Peranginan Mudange.

Teknologi ‘metaverse’ akan menjadi unsur utama dalam majlis perasmian pesta itu. Dengan menggabungkan teknologi AR, VR dan XR, di samping menyerapkan unsur tarian, wusyu, muzik dan bunga api, majlis itu akan memberikan peluang kepada para penonton atau pengunjung untuk menyaksikan pesona Luoyang sebagai satu kota yang bersejarah panjang.

Sejumlah 10 acara yang merangkumi forum, karnival, konsert, persembahan dan sebagainya bakal dianjurkan sepanjang tempoh pesta. 40 lagi aktiviti rekreasi turut diadakan di tempat-tempat menarik di Luoyang seperti Gunung Laojunshan dan Muzium Luoyang. 

Bandar Luoyang yang terletak di provinsi Henan, dikenali sebagai salah satu tempat lahir budaya China. Pesta Bunga Peony yang wujud sejak Dinasti Sui, iaitu 1600 tahun yang lalu, kini menjadi satu acara yang meliputi aktiviti riadah dan juga kerjasama perdagangan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan