China Sokong dan Galakkan Ekonomi Dunia yang Terbuka

(CRI)Isnin 27 Mac 2023

China konsisten dalam usaha menyokong dan menggalakkan ekonomi dunia yang terbuka.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning dalam sidang akhbar pada Jumaat sebagai respons terhadap kenyataan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen baru-baru ini.

Hun Sen berkata bahawa pembangunan China memberi manfaat kepada Kemboja dan seluruh ASEAN dan sesiapa pun mustahil menghalang China daripada berkembang.

Beliau menegaskan persaingan buruk hanya akan mengundang akibat kalah-kalah, sedangkan peningkatan kerjasama boleh membawa pencapaian yang sama menang. Kemboja tidak akan 'bersekongkol' dengan mana negara pun untuk menindas atau mengekang suatu negara lain.

Mao berkata, kenyataan Perdana Menteri Hun Sen tersebut mencerminkan aspirasi negara-negara di rantau ini terhadap keamanan dan kerjasama, dan sikap mereka yang menolak konflik, serta konfrontasi dan menentang amalan membuli serta menggugat.

“Ia juga menunjukkan bahawa politik sindiket dan amalan mencantas hubungan industri bertentangan dengan hasrat kebanyakan negara.”

“Penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada tahun lepas menggalakkan peningkatan perdagangan China-ASEAN pada kadar 15 peratus.”

“Eksport hasil pertanian dari ASEAN ke China meningkat sebanyak 21.3 peratus, antara lain adalah longan dari Kemboja, durian segar dari Vietnam, buah markisa dari Laos yang telah berjaya dibawa menembusi pasaran China,” kata Mao.

Mao Ning menambah, China akan mempercepatkan langkah meningkatkan tahap keterbukaan dan mendorong pembangunan ke arah berkualiti tinggi bagi memberikan sumbangan konsisten kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi global khususnya negara-negara jiran.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan