Sidang Kemuncak Digital China keenam Dijadual Hujung April

(CRI)Isnin 03 April 2023

Sidang Kemuncak Digital China edisi keenam dijadual berlangsung di Fuzhou, provinsi Fujian pada 27 hingga 28 April nanti.

Bertemakan ‘Percepat Pembangunan Digital, Pacu Modenisasi Ala China', sidang kemuncak itu akan merangkumi siri acara termasuk forum, pameran hasil pembangunan China, ekspo produk digital dan pertandingan inovasi teknologi digital.

Selain itu, acara interaksi yang menumpukan kepada ekosistem awan, internet perindustrian dan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan turut diadakan sempena sidang kemuncak tersebut.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan