- Lain-lain
Li Qiang Bertemu dengan Lee Hsien Loong
Perdana Menteri China, Li Qiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong pada Sabtu.
Li menyatakan bahawa China dan Singapura telah melonjakkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian berorientasikan masa depan seluruh aspek dan bermutu tinggi. China bersedia berganding bahu dengan Singapura untuk menjalankan kerjasama bermutu tinggi, serta menggalakkan hubungan dua hala dan kerjasama praktikal kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.
Li Qiang menegaskan bahawa China sentiasa meletakkan hubungan dengan Singapura sebagai keutamaan dalam hubungan dengan negara-negara jiran, dan bersedia berusaha bersama dengan negara-negara ASEAN untuk mempergiat pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) edisi 3.0, serta membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat.
Lee Hsien Loong pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang kewangan, ekonomi digital, pembangunan hijau, keselamatan makanan, pembangunan mampan di bandar dan lain-lain.
Selepas rundingan, perdana menteri kedua-dua negara bersama menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi dan perdagangan, sains dan teknologi, makanan, undang-undang, perlindungan alam sekitar, kesenian dan lain-lain.
- China, S'pura Pulih Sepenuhnya Program Pertukaran
- Syarikat Singapura Optimis akan Pemulihan Pasaran China
- Perbualan Telefon Menteri Luar China-Singapura
- Xi Jinping Bertemu PM Singapura Lee Hsien Loong
- Pertemuan PM China-Singapura di Phnom Penh
- China, Singapura Ikrar Perkasa Kerjasama Bilateral
- Han Zheng Lawat Singapura Bermula Hari Ini