Xi Mahu Kempen Pendidikan Parti Dijalankan Bersungguh-sungguh

(CRI)Selasa 04 April 2023

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menggesa supaya kempen pendidikan mengenai pembelajaran dan pelaksanaan pemikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu dijalankan dengan bersungguh-sungguh untuk menggembleng tenaga dalam meniti perjalanan baharu.

Penekanan itu dibuat beliau ketika berucap dalam persidangan kerja berhubung kempen pendidikan berkenaan yang berlangsung di Beijing pada Isnin.

Xi menyeru seluruh Parti supaya mengambil peluang daripada kempen pendidikan itu untuk memperkasa penggunaan hasil inovasi teori, di samping mempertingkat tahap pemahaman terhadap Marxisme serta kemampuan pentadbiran negara.

Menurut beliau, kempen pendidikan itu merupakan langkah penting bagi melaksanakan prinsip Kongres Kebangsaan ke-20 PKC. Ia juga mempunyai makna signifikan bagi menyepadukan pemikiran seluruh anggota Parti, mengatasi masalah menonjol dan mengekalkan hubungan rapat antara Parti dengan rakyat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan