Lawatan 'Transit' Tsai Ing-wen ke AS Dikecam Keras

(CRI)Khamis 06 April 2023

Jurucakap Pejabat Kerja Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menerusi satu kenyataan pada Khamis mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemimpin wilayah Taiwan, China Tsai Ing-wen mengadakan lawatan 'transit' ke Amerika Syarikat (AS) dan bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan Kevin McCarthy.

Menurut kenyataan itu, amalan Tsai itu merupakan satu lagi perbuatan provokatif Parti Progresif Demokratik (DPP) yang mahu mendapat sokongan AS demi ‘kemerdekaan Taiwan’. PKC akan mengenakan tindakan tegas ke atas kuasa pemisah, dan teguh mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Tsai dan DPP dikritik rela menjadi alat kuasa anti-China di AS untuk mengekang China, semata-mata demi kepentingan diri. Amalan itu hanya akan menjerumuskan Taiwan ke dalam kancah bahaya.

Tambah jurucakap itu, prinsip satu China merupakan norma hubungan antarabangsa yang diiktiraf semua dan konsensus masyarakat antarabangsa. Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China yang tidak boleh dicampuri kuasa asing.

Jurucakap itu turut menyelar AS kerana terus-menerus mengaburkan dan mengosongkan prinsip satu China, membelakangi komitmennya dalam tiga pengumuman bersama China-AS serta menghantar mesej salah kepada kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan