Berdegil Temu Tsai Ing-wen, Speaker Dewan Perwakilan AS Dibidas

(CRI)Khamis 06 April 2023

Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China hari ini mengeluarkan kenyataan yang membidas pertemuan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy dengan pemimpin wilayah Taiwan, Tsai Ing-wen.

Menurut kenyataan itu, isu Taiwan adalah teras kepada kepentingan teras China dan asas kepada asas politik hubungan China-AS, serta garis merah pertama yang tidak boleh dilangkaui.

NPC berpendirian tegas menentang hubungan rasmi antara AS dengan Taiwan dalam apa jua bentuk dan menggesa kerajaan dan Kongres AS menghentikan amalan memutarbelitkan, mengaburkan dan mengosongkan prinsip satu China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan