Ma Ying-jeou Puji Pencapaian Pembangunan Tanah Besar

(CRI)Khamis 06 April 2023

Selepas mengunjungi Nanjing, Wuhan, Changsha dan Chongqing, delegasi yang diketuai Ma Ying-jeou meneruskan lawatan di Shanghai bermula Rabu.

“Saya telah melawat banyak tempat dan mendapati Tanah Besar mencapai perkembangan yang amat pesat dalam segenap aspek."

"Ia memang di luar jangkaan saya, cukup mengagumkan. Saya yakin masih ada banyak peluang kerjasama antara Tanah Besar dan Taiwan pada masa depan,” kata Ma dalam satu temu bual baru-baru ini.

Difahamkan, delegasi itu akan menghadiri bengkel yang diadakan di Universiti Fudan Shanghai sebelum pulang ke Taiwan pada Jumaat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan