China Sokong Peranan Konstruktif PBB dalam Isu Antarabangsa dan Serantau

(CRI)Rabu 12 April 2023

Anggota Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Qin Gang telah ditemui Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal Ehwal Politik dan Pembinaan Kedamaian, Rosemary DiCarlo di Beijing semalam.

Qi menyatakan bahawa China berpandukan konsep membina komuniti berkongsi nasib sesama insan yang disarankan Presiden Xi Jinping, melibatkan diri dalam urusan PBB dari segenap aspek, teguh melaksanakan kewajipan antarabangsa, dan dengan aktif menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama serta menyediakan produk awam dalam senario global. Sementara itu, China akan teguh menyokong PBB memainkan peranan yang bersifat konstruktif dalam isu antarabangsa dan serantau, dan bersedia menjadi rakan kerjasama PBB yang boleh dipercayai dalam usaha memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan bersama.

Dalam pertemuan itu, DiCarlo pula berkata bahawa PBB berharap agar terus merancakkan kerjasama dengan China supaya dapat bersama-sama mengeluarkan lebih banyak pakej penyelesaian bagi isu antarabangsa dan serantau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan