Rangkaian Perkhidmatan Perubatan Tibet Diwujudkan

(CRI)Rabu 12 April 2023

Wilayah Autonomi Tibet berjaya menyelesaikan pembinaan rangkaian perkhidmatan perubatan Tibet yang berpusat di bandar Lhasa dengan liputannya yang menyeluruh.

Menurut pejabat penerangan kerajaan wilayah autonomi itu, jumlah nilai keluaran perusahaan pengeluaran perubatan Tibet direkodkan sebanyak RMB2.52 bilion (RM1.617 bilion).

Untuk rekod, ketika ini terdapat 49 hospital awam perubatan Tibet dan 13 hospital swasta perubatan Tibet di seluruh wilayah Tibet.

Manakala, kadar liputan perkhidmatan perubatan Tibet di pusat perkhidmatan kesihatan komuniti perumahan, pusat kesihatan perbandaran dan klinik kampung masing-masing mencapai 100 peratus, 94.4 peratus dan 42.4 peratus.

Difahamkan, kesemua 17 perusahaan pengeluaran ubatan Tibet telah memenuhi keperluan piawaian pengurusan GMP (Good Manufacturing Practice), dan menghasilkan lebih daripada 360 jenis ubatan Tibet.

Ia sekali gus menyaksikan pengeluaran ubatan Tibet secara beransur-ansur menuju ke arah penyeragaman dan normalisasi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan