Alat Muzik Tradisional Medium Jana Pembangunan Desa

(CRI)Selasa 14 Februari 2023

Sonam Chungla, 47, adalah pewaris teknik penghasilan alat muzik Zhanian di kaunti Lnaze, wilayah Tibet.

Zhanian, sejenis alat muzik bertali enam, digunakan secara meluas dalam nyanyian dan tarian tradisional Tibet.

Dalam bahasa etnik Tibet, Zhanian bermaksud 'bunyi nan merdu'.

Teknik membuat alat muzik itu disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat negara pada tahun 2014.

Pada 2010, Sonam Chungla bersama rakan-rakan menubuhkan sebuah koperasi pengeluaran alat muzik Zhanian di kampungnya.

Setahun kemudian koperasi itu mendapat sokongan kewangan sebanyak 71,000 yuan (RM45,276) daripada kerajaan tempatan, yang digunakan untuk membeli peralatan dan bahan mentah berkenaan.

Pada masa sama, Sonam Chungla terus mengoptimumkan proses pengeluaran Zhanian sekali gus menyaksikan masa bagi menghasilkan sebuah alat muzik Zhanian dipendekkan daripada 10 hari kepada tiga hari sahaja.

Kini, koperasi itu mempunyai puluhan orang perantis dan alat muzik dihasilkannya dijual ke merata-rata tempat di Tibet dengan pendapatan tahunan mencecah sehingga satu juta yuan (RM640,000).

Gaya Hidup

Berita Berkaitan