Gim Layan Diri Pintar Beri Manfaat kepada Penduduk Xiamen

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 13 April 2023

Lebih 30 gim layan diri pintar siap dibina di bandar Xiamen, Fujian di bawah sokongan Biro Sukan Perbandaran Xiamen, menjadi pilihan penduduk yang gemar aktiviti kecergasan.

Hanya dengan mengesahkan identiti dan membayar insurans bernilai sepuluh yuan setahun, warga tempatan boleh membuat tempahan dalam talian dan masuk ke gim dengan Face ID untuk menggunakan kemudahan yang ditawarkan secara percuma.

Pelanggan boleh membuat tempahan, menyimpan barang dan bersukan melalui telefon bimbit di gim layan diri itu tanpa memerlukan bantuan kakitangan. Antara kelengkapan yang tersedia termasuk sawat injak, mesin dayung, peralatan latihan kekuatan dan juga satu monitor pintar yang digantung pada dinding.

Dengan sokongan jaringan Internet dan data raya, peralatan-peralatan tersebut sudah cukup “pintar” untuk mengajar para pelanggan cara menggunakan alat kecergasan dan bersenam yang wajar dan selamat. Data latihan turut akan dihantar ke telefon bimbit pelanggan agar sesi latihan dapat dijalankan dengan lebih efisien.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan