Jepun Didesak Berhati-hati dalam Gerak Kera Ketenteraan

(CRI)Jumaat 14 April 2023

China akan mengamati perkembangan rancangan Jepun tentang penubuhan sebuah pasukan peluru berpandu yang baharu, dan menggesa kerajaan Jepun bersungguh-sungguh mengaji diri berhubung sejarah pencerobohannya, menghormati keprihatinan keamanan negara jiran Asia, dan berhati-hati dalam memacu gerak kerja ketenteraan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media Khamis.

Dimaklumkan, Kementerian Pertahanan Jepun telah menandatangani satu perjanjian bernilai USD2.84 bilion (RM12.5 bilion) dengan Mitsubishi Heavy Industries Ltd. berhubung penubuhan sebuah pasukan peluruh berpandu model baharu. Sasarannya adalah untuk berkemampuan melancarkan peluru berpandu sejauh 1,000 kilometer bagi menghadapi "ancaman China". Tokyo juga merancang menyelesaikan penempatan senjata hipersonik menjelang 2026 dan berusaha menghasilkan peluru berpandu hipersonik yang jarak tembakannya sejauh 3,000 kilometer menjelang 2035.

Sehubungan itu, Wang berkata, Jepun berulang kali menggembar-gemburkan "ancaman China" pada beberapa tahun kebelakangan ini, berturut-turut melepaskan diri dari penguatkuasaan perlembagaan damai dan membelakangi komitmen "pertahanan eksklusif", meningkatkan belanjawan pertahanan dalam bilangan besar, dan membangunkan senjata agresif untuk memperoleh "kemampuan menyerang pangkalan musuh". Kesemua inil boleh dilihat sebagai signal bahaya bagi negara-negara serantau bahkan seluruh dunia bahawa Jepun berniat memutarbalikkan tata tertib antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua. Masyarakat antarabangsa patut berwaspada pada tahap yang tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan