Konglomerat Kopi Indonesia Yakin Potensi Pasaran China

(CRI)Jumaat 14 April 2023

Kapal Api Global selaku syarikat kopi terbesar di Indonesia buat pertama kali menyertai Ekspo Produk Pengguna China pada tahun ini, dan menunjukkan keyakinan besar terhadap pasaran pengguna dan potensi penggunaan yang kuat di China.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kapal Api Global menyatakan bahawa pihaknya berharap bertemu dengan pengguna dan ejen tempatan yang berpotensi melalui ekspo kali ini untuk meningkatkan penginsafan tentang permintaan pengguna dan produk yang dapat memenuhi keperluan pasaran China. Sementara itu, pihaknya sedang berbincang dengan satu syarikat Hainan mengenai perkara penubuhan satu syarikat kopi baharu secara usaha sama agar menjadikan provinsi itu pangkalan bagi memperkenalkan produknya ke seluruh China.

Jualan produk Kapal Api Global boleh didapati di kira-kira 3,000 buah pasaraya di China pada masa ini, sedangkan terdapat juga kafe yang berjenamanya beroperasi di Shanghai. Selain itu, siri produk Kapal Api yang khususnya dihasilkan untuk golongan pengguna di China pun sudah diperkenalkan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan