Angkasawan Shenzhou-15 Cipta Rekod Baharu

(CRI)Isnin 17 April 2023

Krew angkasawan kapal angkasa lepas China, Shenzhou-15 berjaya menyelesaikan misi aktiviti luar kenderaan (EVA) kali keempat pada 15 April, kata Pejabat Kejuruteraan Angkasa Bermanusia China (CMSEO).

Menurut pejabat itu, dua angkasawan iaitu Fei Junlong dan Zhang Lu berjaya menyelesaikan semua tugas di luar kabin yang dijadualkan, dengan koordinasi angkasawan Deng Qingming yang berada di dalam kabin serta kakitangan di Bumi.

Sehingga kini, krew Shenzhou-15 telah menyelesaikan empat kali EVA, sekali gus mencipta rekod jumlah EVA terbanyak bagi krew angkasawan China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan