Telur Dadar Tiram: Cita Rasa di Kedua-dua Belah Selat Taiwan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 17 April 2023

Telur dadar tiram merupakan salah satu makanan istimewa di Xiamen, Fujian. Hidangan ini diperbuat daripada tiram segar tempatan, kanji ubi keledek, telur dan kecambah bawang putih. Rasanya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Dicicah dengan sos pedas manis gaya Xiamen, membawa kepada tekstur dan rasa yang luar biasa.

Sejak zaman purba, telur dadar tiram telah pun wujud di kawasan pesisir laut Fujian serta kawasan Chaoshan (Teochew dan Swatow) dan kini dianggap sebagai makanan klasik tempatan dan menarik ramai pelancong luar.

Telur dadar tiram juga sering dijumpai di jalanan Taiwan dengan cara masak yang agak mirip dengan yang di selatan Fujian. Sajian ini dipercayai dibawa ke Taiwan oleh migran Hokkien, Teochew dan Swatow, dan tentera Panglima Zheng Chenggong, hinggalah menjadi makanan kegemaran rakyat di kedua-dua belah Selat Taiwan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan