Pembinaan Jambatan Rangsang Ekonomi Guizhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 20 April 2023

Disebabkan bentuk bumi yang istimewa, pembinaan jalan raya di provinsi Guizhou tidak boleh dipisahkan daripada pembinaan jambatan. Huang Kunquan, pakar jambatan Guizhou dan bekas timbalan ketua jurutera Guizhou Expressway Group Co., Ltd, yang mengambil bahagian dalam pembinaan jambatan bertaraf dunia di Guizhou berkata, "Adalah satu tugas yang sangat mencabar untuk membina jambatan dalam keadaan rupa bumi yang kompleks seperti di Guizhou, hingga sukar untuk mencari tapak yang rata untuk kerja-kerja pemasangan."

Menurut statistik, sepanjang 10 tahun yang lalu, bergantung kepada semangat jurutera jambatan yang tidak gentar akan kesukaran dan berani berinovasi, Guizhou telah mengeluarkan 20 garis panduan teknikal, 7 piawaian tempatan, dan memohon 13 paten dalam bidang pembinaan jambatan. Pencapaian tersebut mengisi jurang penyelidikan teknologi di China dan mencipta berpuluh-puluh rekod di dunia. Dengan penyelidikan berterusan, bilangan, skala, bentuk, struktur, bahan dan teknologi yang diguna pakai dalam pembinaan jambatan di Guizhou telah membawa kepada "fenomena kluster", menjadikan provinsi ini "muzium jambatan" ternama di dunia.

Bersandarkan rangkaian pengangkutan yang bersambung baik, Guizhou telah mengubah puncak-puncak, gua batu kapur, dan tanah lembap yang pernah menyekat pembangunan tempatan menjadi "taman gunung". Dalam 10 tahun antara 2011 dan 2021, jumlah pelancong yang datang ke Guizhou meningkat daripada 170 juta kepada 640 juta. Nilai pendapatan industri pelancongan juga melonjak daripada 142.95 bilion yuan (92.05 bilion ringgit) kepada 664.22 bilion yuan (427.71 bilion ringgit). Guizhou sedang beransur-ansur menampilkan dirinya sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang bertemakan gunung.

Jambatan Pingtang telah memenangi anugerah untuk infrastruktur, iaitu Anugerah Gustav Lindenthal yang diberikan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur (IABSE). Sekarang, dengan tempat-tempat indah di sekitarnya, jambatan tersebut sudah menjadi suatu tarikan pelancong. (foto: Tu Min/People.cn)

Jambatan Pingtang telah memenangi anugerah untuk infrastruktur, iaitu Anugerah Gustav Lindenthal yang diberikan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur (IABSE). Sekarang, dengan tempat-tempat indah di sekitarnya, jambatan tersebut sudah menjadi suatu tarikan pelancong. (foto: Tu Min/People.cn)

Dengan adanya rangkaian pengangkutan yang bersambung baik, Guizhou juga membina pangkalan data besar. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Guizhou telah membina "Pangkalan Demonstrasi Pusat Data China Selatan" dan pangkalan sambungan Internet kebangsaan, menjadikannya salah satu daripada 88 nod hab pengkomputeran negara.

Selain itu, Guizhou mempunyai 37 pusat data utama yang sedang beroperasi dan dalam pembinaan, merupakan salah satu kawasan dengan pusat data yang paling banyak di seluruh dunia. Dengan usaha mempercepat pembinaan zon ujian komprehensif data besar kebangsaan dan zon inovasi pembangunan ekonomi digital yang pertama di China, kadar pertumbuhan ekonomi digital Guizhou telah menduduki tempat teratas di seluruh negara selama 7 tahun berturut-turut.

Foto yang diambil pada Januari 2023 ini menunjukkan Jambatan Gua Huajiang yang dalam pembinaan. (foto: Tu Min/People.cn)

Foto yang diambil pada Januari 2023 ini menunjukkan Jambatan Gua Huajiang yang dalam pembinaan. (foto: Tu Min/People.cn)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan