Fasa Keempat Projek Eksplorasi Bulan Dipergiat

(CRI)Isnin 24 April 2023

Fasa keempat projek eksplorasi Bulan sedang giat dilaksanakan, kata ketua pereka Program Penerokaan Lunar China Wu Weiren.

Wu memaklumkan, misi prob penyelidikan Chang'e-6 dijadual dilaksanakan sekitar 2024, dengan tugas utama untuk mengumpul dan membawa pulang sampel tanah di sisi jauh Bulan.

Sementara itu, Chang'e-7 akan menjalankan misi mencari bukti wujudnya air di kutub selatan Bulan.

Kolaborasi membabitkan Chang'e-7 dan Chang'e-8 akan turut dilaksanakan untuk membina model asas stesen penyelidikan saintifik antarabangsa di kutub selatan Bulan, selain siri eksperimen berhubung penerokaan dan penggunaan sumber Bulan digiatkan.

Beliau menambah, China sedang membina sistem navigasi Beidou versi lunar, iaitu buruj satelit mengelilingi Bulan yang dilengkapi fungsi komunikasi, pandu arah, penderiaan jauh dan lain-lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan