Kisah Hadiah daripada Xi: Model EMU Fuxing Sumber Momentum BRI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 25 April 2023

Pada 17 hingga 19 November 2022, Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan ke Thailand ketika menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok, yang juga pertama kali Xi melawat ke negara itu selepas menjawat jawatan Presiden China. Beliau membawa satu model EMU Fuxing sebagai hadiah untuk Thailand.

Model EMU Fuxing yang disampaikan Presiden Xi Jinping kepada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-cha. (Foto/CCTV)

Model EMU Fuxing yang disampaikan Presiden Xi Jinping kepada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-cha. (Foto/CCTV)

Apa yang membuatnya berbeza daripada yang lain, model ini dicat dengan warna bendera Thailand. Prototaipnya akan diguna pakai di Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) China-Thailand. Landasan HSR China-Thailand adalah projek utama kerjasama China dan Thailand di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), juga HSR standard pertama di Thailand yang menggunakan EMU Fuxing dari China.

Dalam lawatan ini, Presiden Xi menganjurkan untuk mempercepat kerjasama China, Laos dan Thailand dalam pengangkutan rel dan merealisasikan Gagasan Pembangunan Kesalinghubungan China-Laos-Thailand. Di bawah gagasan itu, fasa kedua landasan HSR China-Thailand akan diperpanjang ke Nong Khai, satu bandar perdagangan penting di timur laut Thailand yang berada di seberang sungai dari Vientiane, dan disabungkan dengan landasan kereta api China-Laos.

Presiden Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-cha di Bangkok pada 19 November 2022. (Xinhua/Yao Dawei)

Presiden Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-cha di Bangkok pada 19 November 2022. (Xinhua/Yao Dawei)

Seiring dengan infrastruktur kesalinghubungan semakin lengkap di kedua-dua negara, kerjasama dalam sektor perdagangan dan kebudayaan juga semakin meningkat. Pada 2021, nilai perdagangan dua hala pertama kali melebihi 100 bilion AS dolar, iaitu 131.2 bilion AS dolar dan tumbuh 33% tahun ke tahun. China dan Thailand yang sudah menjadi jiran dan rakan baik sejak sekian lamanya kini mempererat lagi hubungan berkat Inisiatif Jalur dan Laluan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan