Persidangan Ketua Delegasi Sukan Asia Hangzhou Dirasmikan

(CRI)Selasa 25 April 2023

Persidangan ketua delegasi Sukan Asia ke-19 yang dijadual berlangsung selama tiga hari, dirasmikan di Hangzhou pagi tadi.

Ini merupakan persidangan antarabangsa berskala paling besar sejak Hangzhou ditetapkan sebagai tuan rumah Sukan Asia 2022.

Perwakilan jawatankuasa Olimpik dari 45 negara dan wilayah di Asia menyertai persidangan berkenaan.

Jawatankuasa penganjur akan memperkenalkan kerja-kerja persiapan, selain mengumumkan prosedur dan maklumat terkini mengenai penyertaan acara pertandingan.

Bermula petang ini, delegasi berkenaan akan meninjau venue, stadium dan gelanggang, perkampungan Sukan Asia serta kemudahan lain yang disediakan untuk temasya itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan