Sektor Logistik China Beroperasi Mantap

(CRI)Jumaat 28 April 2023

Sektor logistik China mencatatkan operasi mantap pada suku pertama tahun ini dengan nilai keseluruhannya sebanyak 84.3 trilion yuan (RM54.37 trilion).

Angka itu menyaksikan kenaikan sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP).

Prestasi itu didorong oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang melantun semula, rantaian bekalan mengenai sektor huluan dan hiliran yang semakin pulih dan permintaan logistik yang terus meningkat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan