China, Arab Saudi Bina Kilang Plat Tebal Proses Penuh Berkarbon Rendah

(CRI)Rabu 03 Mei 2023

Syarikat Besi Keluli Baowu China menandatangani perjanjian rasmi dengan Saudi Aramco, syarikat petroleum milik negara Arab Saudi dan Tabung Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) di ibu pejabat Saudi Aramco di Dammam pada Isnin.

Dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersama-sama membina kilang penghasilan papan besi keluli atau plat tebal proses penuh karbon rendah yang pertama di dunia.

Menurut perjanjian tersebut, kesemua pihak tersebut telah ditubuhkan dengan 50 peratus saham dipegang Baowu, manakala Saudi Aramco dan PIF pula masing-masing memegang saham sebanyak 25 peratus.

Besi Yang Dikurangkan Secara Langsung (DRI) sebanyak 2.5 juta tan dan 1.5 juta tan plat tebal proses penuh karbon rendah dijangka dapat dihasilkan setiap tahun.

Difahamkan, kapasiti penghasilan itu akan memenuhi keperluan bidang perindustrian strategik termasuk gas minyak, pembuatan kapal, projek maritim dan pembuatan tangki simpanan serta bekas tekanan. Kilang itu dijangka beroperasi pada penghujung 2026.

Sementara itu, sumber tenaga seperti gas asli dan janakuasa elektrik hijau yang subur di Arab Saudi bakal digunakan sepenuhnya dalam proses penghasilan kilang tersebut.

Dengan dilengkapi sebuah ketuhar DRI dan sebuah relau arka “Electric Arc Furnace” (EAF), jumlah pelepasan karbon dioksida dapat dikurangkan melebihi 60 peratus.

Jumlah itu dijangka akan terus berkurang hingga 90 peratus selepas digabungkan dengan hidrogen pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H. Nasser menyatakan bahawa projek itu dijangka akan meningkatkan ekosistem perindustrian besi keluli, di samping mendorong pembangunan rantai pembekalan di negara itu sendiri.

“Selain itu, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan melalui projek tersebut, sekali gus mendorong peningkatan ekonomi dan pembangunan kepelbagaian perindustrian Arab Saudi,” ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan