Lebih 10,000 Pempamer Sertai Canton Fair ke-133

(CRI)Rabu 03 Mei 2023

Fasa ke-3 Ekspo Import dan Eksport China ke-133 atau dikenali 'Canton Fair' yang bakal berlangsung selama lima hari dirasmikan di bandar Guangzhou mulai Isnin.

Kawasan pameran kali ini seluas 480,000 meter persegi dengan penglibatan10,400 pempamer.

Produk 5 kategori yang meliputi tekstil dan pakaian, beg dan kopor pejabat, barangan persantaian, kasut, makanan, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan dapat dikunjungi di 16 zon pameran.

Jumlah syarikat yang menyertai pameran barangan import mencatat 202 buah, lebih banyak berbanding dengan pameran kedua-dua fasa sebelumnya, dan turut mencerminkan komponen import dan eksport yang semakin seimbang dalam Canton Fair.

Selain itu, zon pameran untuk produk bercirikan tempatan dalam pembangunan desa yang baru ditubuhkan akan memberi manfaat kepada 171 perusahaan berkenaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan