Perkongsian, Kunci BRI Disambut Baik

(CRI)Isnin 15 Mei 2023

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Presiden Xi Jinping disambut baik di seluruh dunia kerana ia mempertahankan prinsip permuafakatan, pembinaan bersama dan perkongsian.

Demikian dikatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada 12 Mei.

Kumpulan pemikir dari Eropah, Institut Bruegel dalam laporannya mutakhir ini menyatakan bahawa BRI telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan ujian sepanjang sedekad lalu, serta mendapat sambutan meluas di peringkat global, terutamanya oleh negara membangun.

Wang Wenbin berkata, laporan Bruegel yang memetik data daripada laporan media arus perdana dari kira-kira 150 negara itu mendapati bahawa kebanyakan wilayah di dunia mempunyai pandangan positif terhadap BRI.

Wang Wenbin berkata, China akan menganjurkan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI edisi ketiga pada tahun ini.

“Kami akan mengambil peluang ini untuk menyuntik momentum baharu dan menyampaikan harapan baharu kepada pemulihan ekonomi global dan pembangunan mampan dunia,” ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan