Kerjasama Ekologi China-Asia Tengah Produktif

(CRI)Selasa 16 Mei 2023

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dijadualkan di bandar Xi’an, provinsi Shaanxi pada 18 hingga 19 Mei. Sejak menjalin hubungan diplomatik pada 31 tahun yang lalu, China dan Asia Tengah beransur-ansur menaiktaraf hubungan bilateral, dan berjaya mencapai hasilan yang melimpah dalam pelbagai bidang, terutamanya kerjasama sains dan teknologi berkaitan ekologi.

Keselamatan Air Minuman di Kawasan Desa Kyrgyzstan Berkaitan Rapat Kerjasama China

Hanya terdapat 30% dari lebih 1,800 kampung di seluruh negara Kyrgyzstan mendapat bekalan air minuman secara kolektif setakat tahun 2017, meskipun negara itu tidak kurang sumber airnya.

Pada tahun 2018, Pusat Pengajian Ekologi dan Persekitaran Akademi Sains China di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menganalisis data statistik tentang 184 sampel air dari lebih 20 batang sungai, menilai keselamatan air minuman, meneliti peralatan pintar untuk kegunaan pembersihan air yang bersesuaian dengan syarat tempatan, menyelesaikan masalah unsur logam dan mikroorganisma yang nisbahnya melampau dalam air.

Sistem pembersih air terbabit telah dipasang di beberapa banyak kampung, dan kualiti air dapat ditingkatkan dua kali ganda. Dengan itu, seramai 100,000 orang penduduk setempat berpeluang minum air bermutu tinggi yang selaras dengan piawaian kesihatan.

China, Uzbekistan Jaga Ekologi Laut Aral

Laut Aral yang tertelak di sempadan Uzbekistan-Kazakhstan, merupakan bekas tasik keempat terbesar di dunia.

Pada tahun 1960 hingga 2020, keluasannya menyusut dari 67,000 kilometer persegi ke 6,000 kilometer persegi. Keluasan dan jumlah air yang kian berkurangan turut mengundang masalah tanah kering cepat dan salinisasi tanah. Atas undangan Uzbekistan pada tahun 2018, Jabatan Pengajian Ekologi dan Geologi Xinjiang Akademi Sains China mengambil inisiatif dalam pemulihan ekologi laut Aral, bertindak mengesan punca tanah kering, dan mengemukakan serta melaksanakan “pelan rawatan bersepadu”. Merujuk kepada keputusan yang dibuat dalam penyedilikan bersama pada beberapa tahun lalu, ahli sains kedua-dua negara berjaya menghasilkan satu peta garisan rawatan menerusi kaedah biologi, fizik, serta penjimatan dan penghantaran air.

Hutan Pelindung Kazakhstan Berunsurkan Teknologi China

Seiring dengan pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), China dan Kazakhstan mula melaksanakan satu projek pengajian tentang pembangunan hutan pelindung ekologi untuk bandar baharu muncul yang tersenarai dalam skim Jalur Ekonomi Jalan Sutera China- Kazakhstan pada tahun 2016. Pihak-pihak pelaksana skim tersebut di kawasan luar bandar Astana, ibu negara Kazakhstan, adalah Jabatan Pengajian Ekologi dan Geologi Xinjiang Akademi Sains China, Pusat Penyelidikan Ekologi dan Persekitaran Asia Tengah serta Suruhanjaya Perhutanan Kazakhstan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan