Ekonomi Malam Hidupkan Yuncheng Awal Musim Panas (2)

Ekonomi Malam Hidupkan Yuncheng Awal Musim Panas
Orang ramai menikmati hujung minggu di tapak perkhemahan di pekan Dongguo, daerah Yanhu, bandar Yuncheng, provinsi Shanxi di utara China pada 13 Mei 2023. (Foto/Yan Xin)

Kegiatan ekonomi waktu malam telah menghidupkan daerah Yanhu di bandar Yuncheng pada awal musim panas ini. Bagi penduduk tempatan yang ingin lebih mendekati alam dan menikmati percutian mereka dengan dikelilingi persekitaran semula jadi, berkhemah pilihan yang kian popular.

Tahun-tahun kebelakangan ini, bandar Yuncheng yang letaknya di provinsi Shanxi, telah menambah baik infrastruktur setempat dan menggalakkan aktiviti selepas terbenamnya matahari. Untuk membuka potensi penggunaan waktu malam sambil merangsang pembangunan ekonomi dan menyuntik kedinamikan kepada bandar, antara aktiviti yang digalakkan termasuk makan minum, melancong serta acara-acara bercirikan budaya dan riadah.

Gaya Hidup