Penggunaan Sistem Beidou Makin Meluas

(CRI)Khamis 18 Mei 2023

Pengaplikasian sistem satelit navigasi Beidou-3 semakin meluas hingga mencakupi pelbagai sektor sejak beroperasi pada 2020.

Ketua pereka Sistem Satelit Pandu Arah Beidou (BDS), Yang Changfeng berkata sistem berkenaan telah memasuki fasa pengaplikasian berskala besar dan pembangunan yang pesat.

Pada 2022, nilai output industri pandu arah satelit dan perkhidmatan penentududukan China direkod melebihi 500 bilion yuan (RM322.9 bilion).

Sistem Beidou menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada bidang pengangkutan, keselamatan awam serta bantuan dan mitigasi bencana, selain disepadukan ke dalam infrastruktur seperti tenaga elektrik, kewangan dan komunikasi.

Ia juga diaplikasikan secara meluas dalam sektor perbelanjaan, ekonomi perkongsian, kebajikan rakyat dan banyak lagi.

Untuk rekod, lebih 7.9 juta kenderaan komersial, 40,000 kenderaan pos, 47,000 kapal dan 100,000 jentera pertanian menggunakan sistem pemanduan automatik Beidou.

Di samping itu, BDS juga mencapai pembangunan bersepadu dalam pengaplikasian digital seperti pengangkutan pintar, tenaga pintar, pembuatan pintar dan pertanian pintar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan digital China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan