China Menggesa Jepun Betulkan Amalan Salah

(CRI)Jumaat 26 Mei 2023

Jepun perlu membetulkan kesalahannya yang tidak sejajar dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta menjadi hambatan bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Jepun. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting menyatakan demikian berhubung kerajaan Jepun mengeluarkan langkah kawalan terhadap pengeksportan 23 jenis mesin pembuatan semikonduktor pada 23 Mei.

"Langkah kawalan pengeksportan yang diambil Jepun dengan sewenang-wenangnya itu, sama sekali membelakangi perdagangan bebas dan kelaziman antarabangsa dalam bidang ekonomi dan perdagangan, dan akan memberikan tamparan kepada keselamatan dan kestabilan rantaian industri dan rantaian bekalan semikonduktor sejagat. Maka, China meluahkan bantahan yang kuat." Kata Shu.

Beliau menggesa Jepun membetulkan kesalahannya supaya dapat mengelakkan kerjasama dan pembangunan industri semikonduktor China-Jepun daripada terjejas. China berhak mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memelihara kepentingan negara sendiri.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan