Eksport Automobil China Melonjak, Catat 149.4 Juta

(CRI)Jumaat 26 Mei 2023

Dimaklumkan dari sidang akhbar Kementerian Perdagangan China pagi tadi, pengeksportan automobil buatan China berkembang ke arah yang baik, manakala nisbah kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam pengeskportan itu meningkat terus.

Pada tempoh 4 bulan pertama tahun ini, jumlah eksport automobil China melambung76.5%, dengan mencatat 1.494 juta biji. Automobil buatan China dieksport ke 204 buah negara dan kawasan dalam senario global, antaranya 45.9% dieksport ke negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dengan nilainya meningkat 1.2 kali ganda, menokok USD13.64 bilion (RM63.23 bilion). Manakala, 41.8% dieksport ke entiti ekonomi maju, dengan nilainya mencapai USD12.41 bilion (RM57.53 bilion).

Dalam pada itu, pengeksportan BEV menyaksikan lonjakan besar. Pada tempoh 4 bulan yang lalu, nisbah BEV dalam pengeksportan automobil buatan China meningkat hingga 42.9%, sedangkan kadar sumbangannya terhadap peningkatan pengeksportan keseluruhan mencecah 51.6% dalam sektor automobil.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan