Perdagangan Barangan dan Perkhidmatan Antarabangsa China Meningkat 7% pada April

(CRI)Isnin 29 Mei 2023

Statistik yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing China pada Jumaat menunjukkan, perdagangan antarabangsa China dalam bidang barangan dan perkhidmatan pada bulan April meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan mencatat hampir RMB3.67 trilion (RM2.39 trilion).

Lebihan perdagangan meningkat tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menokok RMB276.1 bilion (RM179.8 bilion).

Antaranya, lebihan perdagangan dalam bidang barangan mencatat RMB392.3 bilion (RM255.48 bilion) yang merupakan paras bulanan tertinggi pada 2023.

Jika dikira mengikut nilai dolar AS, lebihan perdagangan barangan dan perkhidmatan China pada April 2023 mencatat sebanyak USD40.1 bilion (RM184.49 bilion).

Gaya Hidup

Berita Berkaitan