Forum China-ASEAN mengenai Pertukaran Tamadun dan Kerjasama Dirasmikan di KL

(CRI)Isnin 29 Mei 2023

Forum China-ASEAN mengenai Pertukaran Tamadun dan Kerjasama telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 Mei.

Para peserta forum itu menegaskan, kepelbagaian tamadun dunia perlu dihormati dan suasana hidup bersama secara harmoni antara tamadun semua negara perlu diwujudkan bersama bagi melaksanakan Inisiatif Tamadun Global dan mengukuhkan pertukaran dan kerjasama China dan ASEAN dalam sektor penerbitan.

Pelbagai pihak juga disarankan berpegang kepada konsep yang terbuka dan inklusif bagi menyempurnakan mekanisme dialog dan pertukaran antara tamadun semua negara dalam jangka panjang, mematuhi prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi untuk membina platform kerjasama antarabangsa bagi mewujudkan situasi saling menguntungkan dan sama menang, selain meneroka saluran baharu dalam merancakkan pergaulan personel bagi menambah kebersamaan rakyat antara pelbagai negara.

Untuk rekod, forum bertemakan "New Opportunities in China-ASEAN Civilization Communication and Cooperation" itu turut diserikan dengan kehadiran lebih 300 orang yang melibatkan pegawai Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, perwakilan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Duta Besar China ke Malaysia serta penulis, sarjana dan penerbit terkemuka. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan